Imbuhan Pinjaman - Latihan 4
Isi tempat kosong dengan
jawapan yang paling sesuai.
1 Kempen ______ yang
dijalankan oleh kerajaan mendapat sambutan hangat.
A antibodi
B antibiotik
C antidadah
D antibakteria
2 Sukan ____ itu akan
dianjurkan oleh Singapura pada bulan Disember nanti.
A dwifungsi
B dwimusim
C dwibahasa
D dwitahunan
3 _____ buku itu mengulas
sedikit pandangan penulis tentang sukan di Malaysia.
A Prakata
B Prabayar
C Prasyarat
D Pratonton
4 ______ yang bertugas
melayan penumpang dengan mesra.
A Pramugari
B Prasarjana
C Pramugara
D Prasiswazah
5 Sekolah antarabangsa itu
mempunyai ______ yang serba langkap.
A prauniversiti
B prasangka
C prasejarah
D prasarana
6 ______ persatuan silat
sedang memberi nasihat yang berguna kepada anak didiknya.
A Maharani
B Maharaja
C Mahaguru
D Mahahakim
7 Seng Kok diisytiharkan
sebagai ______ negeri Selangor tahun ini.
A sasterawan
B negarawan
C olahragawati
D olahragawan
8 Tindakan _____ akan
dikenakan kepada kakitangan yang melanggar peraturan syarikat.
A tatalaku
B tatatertib
C tatarakyat
D tatanegara
9 Latihan ____ yang diberi
oleh Cikgu Mazira sungguh susah.
A tatacara
B tatasusila
C tatanegara
D tatabahasa
10 ______ P. Ramlee pernah
memenangi banyak anugerah dalam dunia perfileman.
A Seniwati
B Seniman
C Peragawati
D Peragawan
11 ____ itu membuat laporan
lintas langsung dari Stadium Bukit Jalil Semasa Perlawanan Badminton Terbuka
Malaysia diadakan.
A Jutawan
B Hartawan
C Wartawan
D Dermawan
12 Pemilik syarikat yang
_____ itu sentiasa menderma kepada bahan kebajikan.
A rupawan
B budiman
C negarawan
D pustakawan
13 Semua pekerja di
Syarikat Seng Lee perlu mengikuti _____ yang telah ditetapkan.
A tatakerja
B tatatertib
C tatasusila
D tatabahasa
14 Persembahan nyanyian
oleh _____ yang terkenal itu menghiburkan hati para penonton.
A biduanita
B sukarelawati
C angkasawati
D olahragawati
15 Abang saya ______
Universiti Sains Malaysia.
A mahasiswa
B mahaguru
C mahasiswi
D maharaja
16 Emak menyapu sedikit
cecair _____ pada luka di kaki adik.
A antibodi
B antikarat
C antiseptik
D antijenayah
17 Gadis yang _____ itu
akhirnya berkahwin dengan pemuda idamannya.
A olahragawan
B budayawan
C karyawan
D rupawan
18 _____ negara telah
selamat berlepas ke angkasa lepas.
A Peragawan
B Pustakawan
C Negarawan
D Angkasawan
19 Mesin pencetak _____ itu
sangat berguna di pejabat.
A dwitahunan
B dwimingguan
C dwibahasa
D dwifungsi
20 Masalah penggunaan
bahasa Melayu di negara ini telah dibahaskan oleh para _____ .
A cendekiawan
B wartawan
C hartawan
D jutawan
21 _____ untuk memasuki
universiti itu sangat ketat.
A Prasyarat
B Prasarana
C Prasangka
D Prasiswazah
22 “Jangan selalu _____
buruk terhadap orang lain,” nasihat emak kepada kami.
A Prasyarat
B Prasarana
C Prasangka
D Prasejarah
23 Kamus elektronik _____
itu dijual kepada para pelajar dengan harga yang berpatutan.
A dwitahunan
B dwibahasa
C dwiminggu
D dwibulan
24 Ramuna telah menerima
anugerah ______ sekolah selama dua tahun berturut-turut.
A mahasiswa
B peragawati
C sukarelawati
D olahragawati
25 Encik Latif bertugas
sebagai ______ di Perpustakaan Negara sejak tahun 1999.
A biduan
B mahasiswa
C peragawan
D pustakawan
26 Sudah sepuluh tahun
kakak menjadi _____ bagi Pertubuhan MAKNA.
A olahragawati
B sukarelawati
C biduanita
D seniwati
Jawapan
1C
2D
3A
4A
5D
6B
7D
8D
9D
10B
11C
12B
13A
14A
15A
16C
17D
18D
19D
20A
21A
22C
23B
24D
25D
26B