Imbuhan Awalan - Latihan 1
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Lucy merupakan murid yang ______ di kelas kami.
A sepandai
B terpandai
C memadai
D berpandai-pandai
2 Peserta dari Kanada itu _____ dalam perlumbaan dengan penuh bersemangat.
A setanding
B bertanding
C menandingi
D pertandingan
3 Rumah baru abang saudara saya _______.
A sepagar
B dipagari
C berpagar
D memagar
4 _____ pengawas itu melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi.
A Ketua
B Menua
C Pengetua
D Tertua
5 Mei Mei sudah _____ di kaki lima kedai itu selama sejam.
A mendirikan
B pendirian
C terdiri
D berdiri
6 Kami terkejut apabila alat ____ itu tiba-tiba berbunyi tanpa diketahui puncanya.
A mengesan
B pengesan
C berkesan
D terkesan
7 Mereka _____ menunggang basikal ke sekolah pada setiap pagi.
A bertiga
B ketiga
C ketiga-tiga
D pertiga
8 ______ restoran itu sedang mencatat pesanan pelanggan dengan sopan.
A Melayan
B Pelayan
C Melayan
D Dilayan
9 Ramli tidak _____ kotak yang penuh dengan buku-buku itu.
A pengangkat
B mengangkat
C diangkat
D terangkat
10 Gasing kepunyaan Tai Seng _____ di atas tanah.
A memutarkan
B diputar
C berputar
D pemutar
11 Buku latihan murid-murid sedang _____ oleh cikgu Lim di bilik guru.
A peperiksaan
B pemeriksaan
C memeriksa
D diperiksa
12 Lori itu ______ dengan perlahan kerana muatannya yang banyak.
A pergerakan
B bergerak
C tergerak
D penggerak
13 Datuk saya ______ kambing dan lembu di kampungnya.
A menternak
B penternakan
C penternak
D berternak
14 Keputusan peperiksaan Jun Wen kali ini ______ berbanding dengan sebelumnya.
A setingkat
B tetingkat
C bertingkat
D meningkat
15 ______ yang terkenal itu mengacarakan majlis perasmian dengan baik sekali.
A Jurutaip
B Jururawat
C Juruwang
D Juruacara
16 Restoran Jepun itu telah mengupah beberapa orang ______ sambilan.
A bekerja
B pekerja
C sekerja
D pengerja
17 Adnan mengikut jejak _______ orang abangnya yang cemerlang dalam pelajaran.
A Kedua
B berdua
C diduakan
D kedua-dua
18 ______ yang diupahkan untuk menangkap gambar dalam majlis perkahwinan tersebut begitu profesional.
A Juruukur
B Juruhebah
C Jurutera
D Jurugambar
19 ______ lori itu disabitkan atas kesalahan kecuaian sehingga menyebabkan kemalangan.
A Pemandu
B Memandu
C Dipandu
D Pemanduan
20 Kebanyakan ______ yang melawat ke Pulau Langkawi adalah berasal dari Eropah.
A mengunjungi
B perkunjungi
C pengunjung
D berkunjung
21 Guru besar dan para guru sedang _____ tentang prestasi murid-murid di bilik mesyuarat.
A berbincang
B bincangkan
C dibincangkan
D perbincangan
Jawapan
1B
2B
3C
4A
5D
6B
7A
8B
9D
10C
11D
12B
13A
14D
15D
16B
17D
18D
19A
20C
21A