Soalan Latihan Objektif 4 - Imbuhan Pinjaman

Imbuhan Pinjaman - Latihan 4

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Kempen ______ yang dijalankan oleh kerajaan mendapat sambutan hangat.
A antibodi
B antibiotik
C antidadah
D antibakteria

2 Sukan ____ itu akan dianjurkan oleh Singapura pada bulan Disember nanti.
A dwifungsi
B dwimusim
C dwibahasa
D dwitahunan

3 _____ buku itu mengulas sedikit pandangan penulis tentang sukan di Malaysia.
A Prakata
B Prabayar
C Prasyarat
D Pratonton

4 ______ yang bertugas melayan penumpang dengan mesra.
A Pramugari
B Prasarjana
C Pramugara
D Prasiswazah

5 Sekolah antarabangsa itu mempunyai ______ yang serba langkap.
A prauniversiti
B prasangka
C prasejarah
D prasarana

6 ______ persatuan silat sedang memberi nasihat yang berguna kepada anak didiknya.
A Maharani
B Maharaja
C Mahaguru
D Mahahakim

7 Seng Kok diisytiharkan sebagai ______ negeri Selangor tahun ini.
A sasterawan
B negarawan
C olahragawati
D olahragawan

8 Tindakan _____ akan dikenakan kepada kakitangan yang melanggar peraturan syarikat.
A tatalaku
B tatatertib
C tatarakyat
D tatanegara

9 Latihan ____ yang diberi oleh Cikgu Mazira sungguh susah.
A tatacara
B tatasusila
C tatanegara
D tatabahasa

10 ______ P. Ramlee pernah memenangi banyak anugerah dalam dunia perfileman.
A Seniwati
B Seniman
C Peragawati
D Peragawan

11 ____ itu membuat laporan lintas langsung dari Stadium Bukit Jalil Semasa Perlawanan Badminton Terbuka Malaysia diadakan.
A Jutawan
B Hartawan
C Wartawan
D Dermawan

12 Pemilik syarikat yang _____ itu sentiasa menderma kepada bahan kebajikan.
A rupawan
B budiman
C negarawan
D pustakawan

13 Semua pekerja di Syarikat Seng Lee perlu mengikuti _____ yang telah ditetapkan.
A tatakerja
B tatatertib
C tatasusila
D tatabahasa

14 Persembahan nyanyian oleh _____ yang terkenal itu menghiburkan hati para penonton.
A biduanita
B sukarelawati
C angkasawati
D olahragawati

15 Abang saya ______ Universiti Sains Malaysia.
A mahasiswa
B mahaguru
C mahasiswi
D maharaja

16 Emak menyapu sedikit cecair _____ pada luka di kaki adik.
A antibodi
B antikarat
C antiseptik
D antijenayah

17 Gadis yang _____ itu akhirnya berkahwin dengan pemuda idamannya.
A olahragawan
B budayawan
C karyawan
D rupawan

18 _____ negara telah selamat berlepas ke angkasa lepas.
A Peragawan
B Pustakawan
C Negarawan
D Angkasawan

19 Mesin pencetak _____ itu sangat berguna di pejabat.
A dwitahunan
B dwimingguan
C dwibahasa
D dwifungsi

20 Masalah penggunaan bahasa Melayu di negara ini telah dibahaskan oleh para _____ .
A cendekiawan
B wartawan
C hartawan
D jutawan

21 _____ untuk memasuki universiti itu sangat ketat.
A Prasyarat
B Prasarana
C Prasangka
D Prasiswazah

22 “Jangan selalu _____ buruk terhadap orang lain,” nasihat emak kepada kami.
A Prasyarat
B Prasarana
C Prasangka
D Prasejarah

23 Kamus elektronik _____ itu dijual kepada para pelajar dengan harga yang berpatutan.
A dwitahunan
B dwibahasa
C dwiminggu
D dwibulan

24 Ramuna telah menerima anugerah ______ sekolah selama dua tahun berturut-turut.
A mahasiswa
B peragawati
C sukarelawati
D olahragawati

25 Encik Latif bertugas sebagai ______ di Perpustakaan Negara sejak tahun 1999.
A biduan
B mahasiswa
C peragawan
D pustakawan

26 Sudah sepuluh tahun kakak menjadi _____ bagi Pertubuhan MAKNA.
A olahragawati
B sukarelawati
C biduanita
D seniwati

Jawapan
1C
2D
3A
4A
5D
6B
7D
8D
9D
10B
11C
12B
13A
14A
15A
16C
17D
18D
19D
20A
21A
22C
23B
24D
25D

26B