Soalan Latihan Objektif 3 - Imbuhan Akhiran

Imbuhan Akhiran – Lat.3

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 ______ ibu bapa harus kita patuhi selalu.
A Mengajar
B Pelajaran
C Ajaran
D Belajar

2 “Tolong ______ salam saya kepada keluarga kamu, “ kata Rosana kepada Faiza.
A sampaikan
B kesampaian
C penyampaian
D menyampaikan

3 Tanah Tinggi Cameron pernah saya  _____ pada tahun lepas.
A pelawat
B melawat
C lawatan
D lawati

4 Pelbagai jenis alat _____ kanak-kanak dijula di kedai itu.
A bermain
B mainan
C memainkan
D pemain

5 Persembahan artis yang terkenal itu mendapat _____ yang gemuruh daripada para penonton.
A bertepuk
B ditepuk
C tepukan
D menepuk

6 _____ keputusan peperiksaan itu boleh dibuat melalui internet.
A Semakan
B Menyemak
C Penyemak
D Disemak

7 “ ______ kaki kamu mengikut muzik yang dimainkan ,” kata Cikgu Nazira kepada murid-muridnya.
A Hentakan
B Hentakkan
C Penghentak
D Menghentak-hentak

8 “Tolong _____ kopi itu untuk adik kamu,” kata emak kepada Hezma.
A berkacau
B kacaukan
C kacauan
D pengacau

9 “ Mimpi yang saya ______ itu sungguh menakutkan ,” kata Chin Sue kepada Rajan.
A alami
B sealam
C pengalaman
D berpengalaman

10 ______ Kumpulan Bestari memang bernas dan sesuai dengan terma.
A Cadangan
B Bercadang
C Cadangan
D Mencadangkan

11 _______ derma yang dilakukan oleh badan kebajikan itu bertujuan untuk membantu anak yatim.
A Pengutip
B Kutipkan
C kutipan
D mengutip

12 Tolong ____ perkara-perkara penting yang disampaikan oleh guru kelas.
A pencatat
B catatan
C catatkan
D dicatat

13 ______ cabaran itu dengan hati yang cekal.
A Berhadapan
B Hadapkan
C Hadapan
D Hadapi

14 Acara yang kami _____ semasa Hari Sukan ialah lompat tinggi.
A penyertaan
B menyertai
C peserta
D sertai

15 Kita menempuh beberapa ______ sebelum berjaya menamatkan perlumbaan.
A terhalang
B halangan
C penghalang
D menghalangi

16 Radio yang rosak itu telah abang saya ____
A dibaiki
B kebaikan
C sebaik
D baiki

17 “_____ titik-titik itu supaya menjadi satu bentuk ,” kata Selina kepada kawannya.
A Cantumkan
B Dicantum
C Cantuman
D Percantuman

18 “ ____ satu gambaran haiwan yang kamu sukai,” kata Cikgu Phang kepada Qi Rui.
A Lukiskan
B Lukisan
C Melukis
D Pelukis

19 Murid-murid membaca petikan yang terdapat dalam buku teks dengan ______ yang betul.
A sebutan
B sebutkan
C menyebut
D tersebut

20 Ahli keluarga yang paling saya _____ ialah nenek.
A disayangi
B sayangi
C menyayangi
D kesayangan

21 _____ kemanusiaan itu disalurkan kepada mangsa-mangsa tsunami di Jepun.
A Dibantu
B Bantuan
C Pembantu
D Membantu

Jawapan
1C
2A
3D
4B
5C
6A
7B
8B
9A
10A
11C
12C
13C
14D
15B
16D
17A
18A
19A
20B
21B