Latihan Objektif ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam
soalan kata ganda berimbuhan.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Pengantin perempuan itu memakai pakaian yang ______ pada bahagian bawah kainnya.
A berbelang-belang C beropol-ropol
B berbunga-bunga D berlipat-lipat
2 Rancangan drama yang disiarkan di televisyen itu sungguh membosankan kerana jalan ceritanya.
A melimpah-limpah C menjerit-jerit
B meloncat-loncat D meleret-leret
3 Walaupun sudah _______ ditegur, Aiman masih melakukan kesilapan yang sama.
A berkobar-kobar C berpeluh-peluh
B beringat-ingat D berkali-kali
4 Lembu itu ____ apabila hendak ditambat oleh ayah di batang pokok.
A menyembur-nyembur C meronta-ronta
B meraung-raung D menjerit-jerit
5 Jason ____ untuk mengambil kunci rumah yang terletak di atas rak yang tinggi itu.
A terumbang-ambing C terkekeh-kekeh
B terjengket-jengket D terkinja-kinja
6 Wajah Puan Aiman semakin _______ setelah mendapat seorang cahaya mata perempuan.
A bertompok-tompok C berkedut-kedut
B berbalam-balam D berseri-seri
7 Pak Kasim menjual _____ pisang nipah kepada pengusaha kerepek yang berasal dari Johor itu.
A bertandan-tandan C berlapis-lapis
B berbatang-batang D berbilah-bilah
8 Aslam tidak ____ biasiswa yang diberi oleh kerajaan semasa menuntut di luar negara.
A menyumbang-nyumbangkan
B menangguh-nangguhkan
C menakut-nakutkan
D mensia-siakan
9 Bahagian yang _____ pada peta itu menujukkkan kawasan tadahan hujan.
A berconteng-conteng C berlapis-lapis
B berlorek-lorek D berbukit-bukit
10 Kita haruss menghargai jasa para pejuang kemerdekaan yang _______ menentang penjajah.
A berlanggar-langgar C bermati-matian
B berkejar-kejaran D berlari-larian
11 Adila _______ siapakah pemilik kereta mewah yang ada di tempat letak kenderaan itu.
A terangguk-angguk C terbatuk-batuk
B tertanya-tanya D tertidur-tidur
12 Puan Ratna tidak pernah ______ anak-anaknya sama ada mereka berjawatan tinggi atau tidak.
A menggerak-gerakkan C mencerai-ceraikan
B membeza-bezakan D mengharu-birukan
13 Murid-murid itu ______ semasa menari tarian tradisional di dewan sekolah.
A berpanjang-panjangan C berpasuk-pasukan
B berpasang-pasangan D berpecah-pecah
14 “Buat baik biarlah ______ supaya tidak memakan diri sendiri,” nasihat ayah kepada saya.
A berlonggok-longgok C berpada-pada
B berlumba-lumba D berlalai-lalai
15 Irdina marah kerana Jason ______ memberi nombor telefonnya kepada orang yang tidak dikenali.
A memandai-mandai C melaung-laung
B melambai-lambai D meleret-leret
16 Pandangan saya _______ apabila keluar dari gua yang gelap itu.
A berpusing-pusing C berpetak-petak
B berpinar-pinar D berolak-olak
17 Abang cuba emngambil bola adik yang _____ di permukaan air itu.
A tersengguk-sengguk C terapung-apung
B terumbang-ambing D tergolek-golek
18 Suara penyanyi itu ______ ketika menyanyikan sebuah lagu ghazal.
A mendayu-dayu C menjerit-jerit
B membelai-belai D mengilai-ilai
19 Datuk ______ setelah mengangkat sebakul durian dari dusunnya.
A termengah-mengah C terlayang-layang
B terumbang-ambing D terpinga-pinga
20 Tembikar antik itu ______ kerana selalu digilap oleh ibu.
A berganda-ganda C berkelip-kelip
B berkaca-kaca D berkilat-kilat
21 Pujian yang ______ kadangkala boleh membuatkan seseorang mudah lupa diri.
A melampau-lampau C berdekah-dekah
B berdozen-dozen D menderu-deru
22 Mila menyampaikan berita sedih itu dengan suara yang _____.
A tersengguk-sengguk C teresak-esak
B tersekat-sekat D terjerit-jerit
23 Isan sering _____ pertolongan yang pernah dihulurkan kepada rakannya itu.
A mengangguk-angguk C mengungkit-ungkit
B menggeleng-geleng D menggapai-gapai
24 Jason bermain papan luncur sambil _____ di taman rekreasi itu.
A berhenti-henti C bersiul-siul
B berjalan-jalan D berlari-lari
25 Puncak gunung itu keliahtan _____ kerana diselaputi kabus.
A bertingkat-tingkat C berwarna-warni
B berbalam-balam D berlapis-lapis
Jawapan
1C
2D
3D
4C
5B
6D
7A
8D
9B
10C
11B
12B
13B
14C
15A
16B
17C
18A
19A
20D
21A
22B
23C
24C
25B
Latihan Imbuhan Soalan Objektif
Pilih jawapan yang sesuai :
1 Benih padi malinja itu telah Pak Cik Samsudin _______ di tapak semaian petang semalam.
A semakin
B tanamkan
C hilangkan
D kikiskan
2 Sebagai _______ syarikat itu, dia bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerjanay.
A pembeli
B penjual
C pengurus
D pemborong
3 Kecuaian ________ itu telah menyebabkan kapal terbang itu terhempas ke bukit.
A pranita
B sasterawan
C juruselam
D juruterbang
4 Sazali tidur _____ lengan.
A membantalkan
B pembantal
C pembantalan
D berbantalkan
5 Gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku di kampung kubu Gajah telah menimbulkan ________ kepada penduduk di kampung itu.
A kekacauan
B kekecewaan
C kesulitan
D kesedihan
Jawapan :
1 A
2 C
3 D
4 D
5 C
1 Benih padi malinja itu telah Pak Cik Samsudin _______ di tapak semaian petang semalam.
A semakin
B tanamkan
C hilangkan
D kikiskan
2 Sebagai _______ syarikat itu, dia bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerjanay.
A pembeli
B penjual
C pengurus
D pemborong
3 Kecuaian ________ itu telah menyebabkan kapal terbang itu terhempas ke bukit.
A pranita
B sasterawan
C juruselam
D juruterbang
4 Sazali tidur _____ lengan.
A membantalkan
B pembantal
C pembantalan
D berbantalkan
5 Gangguan bekalan elektrik yang kerap berlaku di kampung kubu Gajah telah menimbulkan ________ kepada penduduk di kampung itu.
A kekacauan
B kekecewaan
C kesulitan
D kesedihan
Jawapan :
1 A
2 C
3 D
4 D
5 C
Latihan Imbuhan Isi Tempat Kosong
Isi tempat kosong dengan perkataan berimbuhan yang sesuai :
1 Kerajaan sedang berusaha untuk _____ rasuah.
2 Sejak menghidap ______ barah hati, badannya semakin kurus dan tidak bermaya.
3 Mohd. Iqbal pergi ke ______ terbang untuk menjemput kawannya dari Arab Saudi.
4 Mereka berlima ______ ke Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.
5 “ ________ ikan itu lama sedikit supaya lebih garing,” pesan Azul kepada kakaknya.
Jawapan
1 membanteras
2 penyakit
3 lapangan
4 berkereta
5 Gorengkan
1 Kerajaan sedang berusaha untuk _____ rasuah.
2 Sejak menghidap ______ barah hati, badannya semakin kurus dan tidak bermaya.
3 Mohd. Iqbal pergi ke ______ terbang untuk menjemput kawannya dari Arab Saudi.
4 Mereka berlima ______ ke Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.
5 “ ________ ikan itu lama sedikit supaya lebih garing,” pesan Azul kepada kakaknya.
Jawapan
1 membanteras
2 penyakit
3 lapangan
4 berkereta
5 Gorengkan
Subscribe to:
Posts (Atom)